Tasik Melati

Tasik Melati
Nyaman dan Tenang

Ahad, 6 Mac 2011

Danok

Ini adalah Sempadan Siam Malaysia/Danok.



5/3/2011-Sabtu
Hari ini adalah hari sabtu-di Kedah sabtu adalah hari minggu, maka saya telah melakukan satu lawatan bersantai ke DANOK THAILAND bersama rakan sekerja Mr.Malik.Orang kuat office dan “OTAI”dlm bab motosikal ketika zaman “Rock Kapak-90an”yg penting beliau tidak kedekut ilmu dlm bidang communication-PABX.

Tujuan kami hanyalah mencari pakaian murah seperti T-Shirt dan melihat sekitaran.Harga disini agak murah sedikit dan berkuali jika dibandingkan daripada Padang Besar.Maklumlah setiap kali pi Kedah saya pasti pi Padang Besar,pendek kata pi mai tang tu juga..

Suasana Padang Besar Perlis...
Kenapa nak pi Danok juga?Satu-satunya pergi  ke “oversea”  yg murah adalah disana..Siang p Danok 2-3 jam balik ke Malaysia.Jika kita tinggal d KL kemudian p Melaka loghat bahasa mereka kita boleh faham dan suasana negeri pun macam negeri kita, tapi yg ni t ah apa langsung tak faham jadi ia adalah satu kelaianan dan yg penting passport anda di chop oleh pihak emigration   memang kaki anda melangkah ke Negara orang …
Jika anda berfikiran positif maka disinilah tempat membeli-belah selain dari Padang Besar itupun jika anda bermalam di Arau/Perlis atau Changloon/Jitra-Kedah.Jika semata-mata datang untuk shopping ke Danok baik lupakan sahaja niat tu,ada baiknya shooping sahaja di UpTown atau Pasar Malam Tunku Abd Rahma KL.Naik Komuter atau LRT jimat..

 Tidak dinafikan DANOK adalah tempat yg menawarkan “ keseronakan yg terpesong lagi sesat” bagi mereka yang “jiwa kacau atau jiwa kosong”.

Macam saya katakan tadi kena berfikir cara positif!!!Dimana-mana shj ada tempat sebegitu seperti di Chow Kit ,Bukit Bintang,Petaling Straight dll ,Cuma..yg memisahkan kita kesana adalah niat diri kita sendiri dan kawalan “Minda” maklumlah  Jabatan Agama /JAWI tiada disana..Bak kata pelancong arab pd rakan  saya dulu,”Arab Haram Malayzia Halal..”(rasanya pak arab ni Kaki …….)
Secara kebetulan jika kita berjalan kearah DANOK daripada sempadan Malaysia-THAILAND tempat membeli belah adalah sebelah KANAN –tempat membeli dan blah, lalulah di lorong sana,pasti tidak sesat malah tidak ada apa perlu ditakutkan yang penting jangan buat hal,anda akan jumpa peniaga MELAYU-Petani/Yala /Natariwat dan kacukan Kelantan.Majoritinya adalah orang Islam Siam.Dialeknya mcm org Kelantan.
Ini pula kedai pakaian murah macam UpTown di Kota Damasara atau macam di pasar malam jln Tunku Abd.Rahman Cuma disini ia berbumbung..
Tujuan ke DANOK adalah mencari Pakaian Murah dan jersi sukan taraf dunia macam baju Bola Malaysia pun ada!!!Jangan Tanya ORI ke tidak sbb confirm ia bukan ORI!!!Tapi kualitinya “A+” drp China,seluar JEAN 501 mcm Levi’s pun ok jua-RM35 aje ..jika ORI RM300 tu..janji  beli dgn teliti, memang pakaian tu bukan ORI tapi jgn lah beli yg org boleh perasan mcm Tak ORI pula…Gaya kena jaga Bro tapi jgn sampai biar papa asal bergaye..

Pistol tembak cicak dan senapang angin tembak ayam hutan pun ada dijual..Harganya min. RM40 hingga  RM480-jika org KL,yg RM480 dijual RM1500.harha RM1500 tu harga di KL..up 3 x ganda tu..
Kat siam /Thai pistol ni macam listik burung aje.Di Malaysia ia salah kerana 99% seperti pistol betul Cuma ia tidak keluarkan api dan ia diketegorikan “mercun” sbb pakai peluru bebola dan gas utk tindak balas tekanan hentakan peluru (walaubagaimana pun ia tetap bahaya kena mata buta)..mcm bermain senapang Paint Ball…Sorry gambarnya tidak diambil sbb saya takut di salah ertikan kemudian hari.
Saya rasa bertuah sebab perjalan kemari bukan kerana duit sendiri tapi kerana kerja di bahagian UTARA..dipendek ceta modal tak sampi RM10 dah sampai SIAM....Menyelam sambil minum.

Kena ingat nak pi siam kereta kena parking di Free Zone Kayu Itam,2 jam pertama parking RM1,pas tu tunjuk pasport pada org yg buat VISA upahnya RM2,(sebelah toilet dlm kawasan siam/Danok...)bawa visa dgn pasport td p cop di emigration Thai tapi kena selit RM1 (upah cop-ini memang dah adat masuk Siam kot,semua org buat cam tu) bila dah habis shooping masuk RM1 dlm pasport dan cop di Emigration Siam..pi ambil kereta di Free Zone n Q utk masuk malaysia pula yg ni kita kena bayau duit tol Malaysia RM4.50...