Tasik Melati

Tasik Melati
Nyaman dan Tenang

Isnin, 24 September 2012

PBS

 PBS..(Pentaksiran Berasakan Sekolah ) sebelum ini ada saya nyatakan di (http://katakaniabenarjikabenar.blogspot.com/2011/12/smk-seri-kundang.html ) ketika pihak Sekolah memaklumkan ( pendaftaran kemasukan pelajar ) bahawa PMR tidak akan diadakan pada tahun 2014, pada pelajar yang umur 13 pada tahun 2012 maka pada tahun itu tiadalah PMR seperti mana diamalkan sekarang ini..

Saya berpeluang menghadiri taklimat di Sekolah Menegah Seri Kundang baru baru ini pada hari ahad lepas(23/9/2012)


                                                Pegawai Kementerian memberi taklimat PBS


                                      File untuk setiap pelajar tahun 2012-Tingkatan 1 sahaja.


Kesimpulannya boleh lah saya rumuskan bahawa PBS ini lebih kepada kemahiran berfikir dan berdikari serta tidak menumpu kepada akedamik sahaja dan PBS juga sebagai 'pemerhatian' arah tuju pelajar kepada bidang yg diminatinya..dan ia juga memberi 'isyarat' kpd pelajar bahawa bidang yg diminati itu bersangkut paut dgn 'pembawakan'  kerana ada pelajar lemah dlm pelajaran tetapi mahir dlm kemahiran jadi pelajar itu tidak ketinggalan dlm kehidupan nanti.
Keseluruhanya pelajar tidak akan tertekan dengan memikir untuk LULUS sedangkan kehidupan selepas sekolah berdasarkan kemahiran bukannya pada sijil sahaja.






 
Keterangan dibawah ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
 
Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini sebagai rujukan.
 
 
1.0 KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
1.1 Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk
secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan
assessment of learning.
 
PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu
bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat
(PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik
(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
 
1.2 Adakah PBS sesuatu yang baharu?
Tidak, PBS telah dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti Penilaian Kerja Amali
(PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan
Sekolah (PLBS), Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), projek, kuiz, soal-jawab,
persembahan dan lain-lain.
 
1.3 Bilakah penambahbaikan PBS mula dilaksanakan?
Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan Tingkatan 1
pada tahun 2012.
 
1.4 Apakah komponen PBS?
Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat
(PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik
(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
 
1.5 Apakah penambahbaikan dalam PBS?
KPM telah membuat beberapa penambahbaikan antaranya melaksanakan
Pentaksiran Rujukan Standard, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan perekodan penguasaan murid dalam
aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).
PBS bertujuan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran
serta pencapaian prestasi seseorang murid.
 

1.3 Bilakah penambahbaikan PBS mula dilaksanakan?

Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan Tingkatan 1

pada tahun 2012.

 

1.4 Apakah komponen PBS?

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.

Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat

(PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik

(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

 

1.5 Apakah penambahbaikan dalam PBS?

KPM telah membuat beberapa penambahbaikan antaranya melaksanakan

Pentaksiran Rujukan Standard, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan perekodan penguasaan murid dalam

aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).

PBS bertujuan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran

serta pencapaian prestasi seseorang murid.

 

2.0 PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)

2.1 Apakah Pentaksiran Sekolah (PS)?

PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Guru

menjalankan pentaksiran secara berterusan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

PS dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP. Manakala pentaksiran

sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan

pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

 

2.2 Apakah pentaksiran rujukan standard?

Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid

dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard bagi setiap mata

pelajaran. Pernyataan standard ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan

seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

 

2.3 Apakah kelebihan pentaksiran rujukan standard?

Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid

dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu

berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa

dibandingkan dengan orang lain.

 

2.4 Apakah Dokumen Standard Prestasi (DSP)?

Dokumen Standard Prestasi (DSP) mengandungi panduan untuk mentaksir dan

melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dokumen ini merangkumi band, pernyataan

standard, deskriptor dan evidens.

 

2.5 Apakah yang dimaksudkan dengan band, pernyataan standard, dan deskriptor?

Band adalah tahap penguasaan murid. Band 6 adalah band tertinggi manakala Band

1 adalah band terendah.Pernyataan Standard adalah prestasi atau tahap penguasaan murid secara umumdalam pembelajaran.Deskriptor adalah pernyataan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dandiukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalampembelajaran.

 

2.6 Bilakah DSP digunakan?

DSP digunakan untuk mentaksir murid semasa proses P&P. Dokumen Kurikulum

digunakan oleh guru untuk mengajar.

 

2.7 Apakah fungsi DSP?

DSP dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar

dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

 

2.8 Adakah instrumen PS perlu diselaraskan antara murid, kelas dan sekolah?

Instrumen PS tidak perlu diselaraskan kerana guru perlu mempelbagaikan instrumen

mengikut kesesuaian murid.

 

2.9 Apakah Standard Prestasi?

Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahaptahap

penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang

dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda

aras (benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan

standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran

dilaksanakan secara adil dan berfokus.

 

2.10 Adakah seseorang murid itu mesti menguasai setiap deskriptor untuk

menentukan band yang dicapainya?

Ya, murid mesti menguasai setiap deskriptor untuk menentukan band yang

dicapainya. Penguasaan setiap deskriptor membuktikan murid telah menguasai

semua standard kandungan/hasil pembelajaran bagi band berkenaan.

 

2.11 Adakah murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum

menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu?

Boleh, murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum

menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajar

berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum (DSK)/Sukatan Pelajaran.

Walau bagaimanapun, murid perlu menunjukkan evidens lisan atau bertulis atau

bahan yang membuktikan bahawa murid telah menguasai deskriptor dalam band

yang terdahulu. Evidens boleh dikemukakan dalam bentuk bahan atau murid itu

sendiri.

 

2.12 Adakah sekolah perlu melaksanakan PEKA, PLBS/ULBS dan kerja kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 1?

PEKA dan PLBS/ULBS perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PS.

Kerja kursus bagi KHB tidak perlu dilaksanakan di Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

 

2.13 Adakah LINUS boleh digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah?

Tidak boleh kerana LINUS merupakan satu program untuk mengenal pasti murid

yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

PBS pula ialah satu sistem dan dalam PS murid ditaksir berdasarkan kehendak

standard pembelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran berkenaan.

 

2.14 Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan?

Bergantung kepada keperluan / objektif / tujuan ujian tersebut diadakan.

Sekiranya bertujuan mendapatkan kedudukan murid, skop ujian boleh merentasi

semua konteks dan konstruk (pengetahuan dan kemahiran yang diukur) dalam mata

pelajaran tersebut.

Sekiranya JK PBS sekolah memutuskan untuk mendapatkan kedudukan bagi muridmurid

dalam band-band tertentu, soalan atau tugasan ujian tersebut hendaklah

berdasarkan evidens dalam dokumen standard prestasi.

 

2.15 Adakah murid yang belum menguasai kemahiran/pengetahuan dalam ditaksir semula?

Murid perlu ditaksir semula sehingga murid menguasai pengetahuan/kemahiran

dalam PS.

 

2.16 Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir?

Boleh, kerana GSTT telah dilantik untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

di bilik darjah. Pentaksiran hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar.

 

3.0 PENTAKSIRAN PUSAT (PP)

 

3.1 Apakah Pentaksiran Pusat (PP)?

PP adalah pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran,

instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan

dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

 

3.2 Apakah jenis tugasan PP?

Terdapat dua jenis tugasan PP iaitu tugasan jangka panjang dan tugasan jangka

pendek. Tugasan jangka panjang dilaksanakan dalam tempoh 3 hingga 4 minggu dan

tugasan jangka pendek dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu.

 

3.3 Bilakah PP dilaksanakan dalam PBS?

PP bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2.

PP bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

 

3.4 Bolehkah PP dilaksanakan secara berkumpulan?

Tugasan boleh dilaksanakan secara berkumpulan tetapi penskoran diberikan secara

individu.

 

4.0 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

(PAJSK)

4.1 Apakah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)?

PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan,

penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra

kurikulum. Manakala Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body

Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

 

4.2 Bilakah PAJSK dilaksanakan dalam PBS?

PAJSK bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4 mulai 2014, Tahun 5 mulai

2015 dan Tahun 6 mulai 2016.

 

PAJSK bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 1 mulai 2012,

Tingkatan 2 mulai 2013, Tingkatan 3 mulai 2014, Tingkatan 4 mulai 2015 dan

Tingkatan 5 mulai 2016.

 

5.0 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPSI)

5.1 Apakah Pentaksiran Psikometrik (PPsi)?

PPsi dilaksanakan di sekolah untuk mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan

yang diperoleh, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat kerjaya,

kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan

kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

 

5.2 Bilakah PPsi dilaksanakan dalam PBS?

PPsi bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4 mulai 2014 dan Tahun 6 mulai

2016.

PPsi bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 1 mulai 2012, Tingkatan 3

mulai 2014, Tingkatan 4 mulai 2015 dan Tingkatan 5 mulai 2016.

 

5.3 Apakah kaitan antara Pentaksiran Psikometrik dengan Pentaksiran Sekolah?

Maklumat yang diperoleh daripada Pentaksiran Psikometrik boleh digunakan oleh guru

untuk menyesuai dan mempelbagaikan kaedah pengajaran, pembelajaran serta

pembinaan instrumen PS.

 

6.0 PENGOPERASIAN PBS

 

6.1 Bagaimanakah pengoperasian PBS dilaksanakan di sekolah?

Pengoperasian PBS hendaklah dilaksanakan berdasarkan dokumen Panduan

Pengurusan PBS, surat pekeliling dan surat siaran PBS yang dikeluarkan oleh

Lembaga Peperiksaan.

 

6.2 Bagaimanakah keahlian JK PBS Sekolah di Sekolah Kurang Murid?

Seorang guru perlu memegang lebih daripada satu portfolio dalam JK PBS Sekolah.

 

6.3 Perlukah murid yang barke sekolah melaksanakan PS yang terdahulu?

Tidak perlu kerana PS dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran.

 

6.4 Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara/tidak hadir

ke sekolah melaksanakan PP yang lepas?

PP dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP. PP tidak boleh

dilaksanakan selepas tamat tempoh yang dijadualkan.

 

6.5 Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PBS?

Tidak timbul isu pengecualian kerana pentaksiran dijalankan mengikut tahap

pencapaian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

 

6.6 Bagaimanakah pelaksanaan PBS bagi murid dari golongan OKU?

Murid akan ditaksir dan dinilai menggunakan standard prestasi khas dan mekanisme

yang sesuai. Pentadbir sekolah hendaklah menyediakan segala keperluan khas murid

berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran

PBS.

 

6.7 Bolehkah pentaksiran yang dibuat oleh guru dipercayai?

Boleh kerana guru merupakan orang yang paling layak untuk mentaksir murid masingmasing kerana mereka:

 

·       merupakan pakar mata pelajaran (subject matter expert)

·       telah menerima latihan dalam pentaksiran

·       boleh memantau perkembangan murid secara berterusan

·       boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan

pembelajaran murid

·       lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan

murid

·       mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

·       Integriti guru dikawal melalui proses penjaminan kualiti yang merangkumi pementoran,

·       penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

 

7.0 PENGURUSAN EVIDENS MURID

7.1 Apakah evidens?

Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan.

Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu

dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.

 

Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik,

artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu

tugasan.

 

7.2 Dimanakah evidens disimpan?

Evidens bahan hendaklah disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail

Showcase (FS).

 

7.3 Apakah Fail Perkembangan Murid?

Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens perkembangan

pembelajaran murid.

Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata

pelajaran.

 

Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Perkembangan Murid.

FPM menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor. Evidens terdahulu dikembalikan

kepada murid.

 

7.4 Perlukah soalan dari buku teks dan buku aktiviti dibuat salinan dan ?

Tidak perlu, memadai dengan guru merekodkan penguasaan murid dalam Borang

Rekod Perkembangan Murid dan SPPBS.

 

7.5 Siapakah yang bertanggungjawab mengemaskini FPM?

Guru mata pelajaran bertanggungjawab mengemaskini evidens PS.

Guru tingkatan bertanggungjawab mengemaskini evidens PAJSK.

 

7.6 Adakah FPM SULIT?

FPM tidak sulit kerana ia boleh diakses oleh pihak yang berkepentingan bagi melihat

penguasaan murid dalam pengetahuan/kemahiran.

 

7.7 Apakah evidens bagi kemahiran Mendengar dan Bertutur?

Murid itu sendiri adalah evidens bagi kemahiran mendengar dan bertutur. Murid boleh

berinteraksi dan bertindak balas dengan betul dalam situasi yang berbeza.

 

7.8 Apakah Fail Showcase (FS)?

Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua

deskriptor untuk semua mata pelajaran.

FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.

FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.

 

7.9 Bolehkah FS disediakan di hujung tahun?

Tidak boleh, FS perlu disediakan bermula dari awal tahun kerana pengajaran,

pembelajaran dan pentaksiran berjalan secara berterusan. FS perlu dikemaskini

sepanjang tahun.

 

7.10 Bilakah evidens Pentaksiran Sekolah murid boleh dilupuskan?

Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi

Sistem Pengurusan Pentaksiran Beasaskan Sekolah (SPPBS).

Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada

tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS.

 

8.0 PENJAMINAN KUALITI

8.1 Apakah maksud penjaminan kualiti?

Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS

mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam

semua aspek dan peringkat pentaksiran.

 

Pentaksiran yang berkualiti akan

menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap

pembelajaran murid. Penjaminanan Kualiti dilakukan melalui Pementoran,

Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan.

 

8.2 Apakah pementoran?

Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu

proses yang diijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara,

membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan

PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

 

Pementoran dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia,

Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Pengetua/Guru Besar atau guru.

Manakala pementoran luaran dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan/Jabatan

Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah.

 

8.3 Apakah pemantauan?

Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan

PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP.

Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan

mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

 

Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh Pentadbir Sekolah, Guru Kanan Mata

Pelajaran/Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru.

Manakala pemantauan luaran dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan/Jabatan

Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian di Kementerian Pelajaran

Malaysia.

 

8.4 Apakah penyelarasan?

Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman

pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan

kebolehpercayaan skor pentaksiran.

.

Penyelarasan dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia,

Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru.

Manakala penyelarasan luaran dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan/Jabatan

Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah.

 

8.5 Apakah pengesanan?

Pengesanan ialah proses menilai instrumen PBS yang bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen

pentaksiran.

2. Menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran

3. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran

Pengesanan dilaksanakan oleh Pegawai Lembaga Peperiksaan atau pegawai yang

dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.

 

8.6 Bolehkah sekolah melaksanakan silang pemantauan dengan sekolah

berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama?

Boleh kerana kerjasama tersebut akan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan

PBS.

 

8.7 Bolehkah sekolah melaksanakan silang penyelarasan dengan sekolah

berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama?

Boleh bagi menjamin kebolehpercayaan instrumen / tugasan yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

 

9.0 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

(SPPBS)

 

9.1 Apakah SPPBS?

SPPBS adalah aplikasi sistem yang dibangunkan oleh KPM untuk merekod dan

menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS. Laporan prestasi murid boleh

dijana dari aplikasi SPPBS.

 

9.2 Bilakah guru boleh merekodkan pencapaian PS dan PAJSK murid dalam

SPPBS?

Pencapaian PS boleh direkod pada bila-bila masa.

Pencapaian PAJSK direkodkan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga

Peperiksaan.

 

9.3 Bagaimanakah pengurusan data murid yang berpindah dilaksanakan?

Maklumat murid pindah perlu dibatalkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

oleh guru sekolah asal. Data murid boleh diakses melalui SPPBS apabila guru di

sekolah baharu mendaftar maklumat murid tersebut dalam APDM.

 

9.4 Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai akses internet merekodkan data murid dalam SPPBS?

Kementerian juga menyediakan aplikasi SPPBS secara ‘stand alone’ untuk

digunapakai oleh sekolah yang tidak mempunyai akses internet. CD ‘stand alone’

boleh diperoleh melalui JPN/PPD masing-masing.

 

9.5 Siapakah yang mengeluarkan laporan prestasi murid?

Guru mata pelajaran boleh menjana laporan prestasi murid melalui aplikasi Sistem

Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

 

9.6 Bolehkah murid mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan?

Boleh, laporan prestasi boleh diperoleh daripada guru mata pelajaran .

 

9.7 Bagaimanakah ibu bapa mendapat maklum balas tentang prestasi anak mereka?

Laporan prestasi dapat dijana melalui SPPBS di sekolah pada bila-bila masa yang

diperlukan. Laporan dalam bentuk deskriptif ini memberi maklumat tentang tahap

penguasaan murid dalam pembelajaran.