Tasik Melati

Tasik Melati
Nyaman dan Tenang

Isnin, 17 Jun 2013

Radiator CITRA

Setelah 'merasa" melihat temperature full bar pada awal bulan 5 lps hati saya tak sedap, langkah pertama matikan enjin dan setelah sejuk buka penutup radiator dan didapati air'kosong'! nasib kereta 'tersadai' dpn 7eleven so beli air mineral 1.5 liter, tak cukup juga kena tambah lagi.. setelah settle broom smpi rumah.

Hujung bulan kena lagi,apalagi buatlah mcm step mula2 dulu, yg penting jagan panik. pi service enjin sbb dah lebih 7 ribu, minta nasihat pomen,setelah cek tiada apa2 masalah..lagi kompius! Yang tak 'syok' nya asik buka bonet shj jika hendak guna kereta sbb kena isi air, walaupun 1 gelas air tp perasaan 'cuak' tetap ada.

Bermula drp situ saya sentiasa singgah kedai workshop dan bertanya dgn pomen dgn muka selamba sampai minta pandangan drp kedai spare parts serta mencari beberapa sumber dlm web, banyak juga ilmu didapati.

Ada yang kata masalah drp water pump,kipas problem,bocor,kena top overhaul, kena itu kena ini..yang tak best jika air radiator berbuih atau mendidh itu tanda enjin/Gasket  problem jika repair adehhh 2-4 ribu duit malaysia terbang...sadai 5-7 hari dikedai..

Setelah membuat step yg diajar oleh otai2 kedai dan dlm web maka saya ke kedai 'aircond' sbb kedai tu tiada org dan pastinya kedai itu akan sedaya upaya 'cek' utk jaga hati pelanggan-tektik mesti ada sbb yg problem radiator bkn aircond! (beli coolant utk tgk bocor atau tidak, jika bocor boleh nmpk air coolant keluar)

2 org pekerja 'aircond' mencuba bantu mencari punca air kurang, setelah baring bwh enjin mereka kata ada bocor bwh radiator dan kos buka RM120.00 tidak termasuk "tukar parts" dan mereka akui tiada peralatan utk repair melainkan kena bawa kekedai lain..keputusannya saya tidak setuju sbb nak tgk sendiri-maklumlah mcm2 boleh jadi..saya ckp" ohh itu mcm sorrylah kawan, saya ada hal ini petang tak sempatlah ,berapa U kira tgk ini barang..Yang bagusnya jawapan diberi "tak apa bang,free saja..betul ka kawan,betul bang.kasi tolong saja..(pehhh..tgk mcm mana depa tarik pelanggan).
 Pada pandangan mata kasar mmg tiada 'kebocoran' walaupun telah 'bubuh' coolant warna merah.
Akhirnya saya ke kedai specialist radiator Sg.buloh sbb budak aircond tu dah sahkan ada 'mcm bocor' bkn masalah enjin.
Di Sg.Buloh, kedai ini sahaja yg ujud utk baiki radiator utk semua jenis kereta.
Hebat bangla ni, "ini keta ada masalah juga,biasa kasi repair bangg..sini mesti bocor jugaa sambil tunjuk dekat kawasan plat kereta,nnti test tgk juga-kata bangla ni sebelum buka radiator keluar.

Sah lagi soheh!! setelah menguji dgn tekanan angin dan direndam dlm tank berair, maka benar kata bangla tu, ia bocor,kedai ni nampak mcm nak runtuh aje tp kelengkapan mmg top 10, service utk proton dan 'biasa-biasa' RM85, jika kereta MPV 'mahai' sikit, alasan dia keta ni mahal maa.elehh..jd kena RM180.00!
Selepas radiator didapati bocor maka ia ditembak dan dicuci melaui liang2 drp atas, adakalanya saya nmpk kereta org yg melihat ni berlumut dan berkeladak..maklumlah enjin nya thn 80an..
Welding dilakukan utk menutup ruang atas, mengikut pengalaman bangla ni wlpun hanya 1 lubang shj tetapi ia seolah2 akan berjangkit jd 2 3 masa akan dtg, jadi dinasihatkan buat awal2..jika bocor lagi maka beli baru jawapnya atau jenis 'kedai potong'..jika dah byk sgt welding mcm mana pula air nak masuk dlm liang/plat tu..
Inilah kawasan yg di welding, kiri kanan..yg bocor kiri tapi biasanya ia akan jadi lagi dikawasan kanan pula..itu yg dicakapkan berdasar pengalaman dia, ikutkan ajelahh..
 Kawasan yg dibulatkan itu adalah kawasan yg kerap berlaku kpd Naza Citra, katanya disitu adalah pengikat/skru radiator dgn layer aircond..inilah kelemahan design pereka Citra.
 Setelah radiator dipasang dengan lengkap, air dimasukan dlm radiator sampai penuh kemudian enjin dihidupkan, pehhh 'muntahlah 'coolant' lama drp enjin kira2 5-10 minit.
Setelah 'kotoran' dikeluarkan maka air jernih drp paip air akan kelihatan,ini menunjukan tiada lagi kotoran dan 'coolant minyak drp toyota' yg di recommend  oleh kedai spare part..rata2 pomen mmg galakan pakai jenis Merah bukan yg 'gitu2' dan dinasihatkan next time jgn guna air paip tapi air mineral sbb air paip ada sumber kotoran jika tak percaya tgk pada penapis air-logik juga tu.. 

Pada pemandu citra dan tuan punya kereta citra atau kenderaan lain, jika kereta anda ada tanda "temperature merah" ada mcm2masalah sila baca info ini,
Apabila anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Antara puncanya ialah:
  1. Kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas
  2. Paip radiator tersumbat
  3. Kekotoran pada sirip radiator
  4. Kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk
  5. Sistem penyalaan kurang tepat
  6. Kerosakan pada sistem saluran petrol
  7. Ekzos tersumbat
  8. Masalah cekam
  9. Brek bergesel
  10. Dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.
Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.
Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Anda tidak harus panik, sebaliknya memberhentikan kereta dan cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu.
- See more at: http://www.jagakereta.com/info-penjagaan-kenderaan/penjagaan-enjin-kereta/10-punca-enjin-jadi-panas.html#sthash.rMpUTpUk.dpuf


Apabila anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Antara puncanya ialah:
  1. Kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas
  2. Paip radiator tersumbat
  3. Kekotoran pada sirip radiator
  4. Kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk
  5. Sistem penyalaan kurang tepat
  6. Kerosakan pada sistem saluran petrol
  7. Ekzos tersumbat
  8. Masalah cekam
  9. Brek bergesel
  10. Dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.
*Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.
*Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Anda tidak harus panik, sebaliknya memberhentikan kereta dan cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu.
Untuk memeriksa radiator, anda boleh ikuti langkah ini:

Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan. Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti. Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran.

Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air. Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu. Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas. Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas.

Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk.
**sumber drp pihak lain.

Terima Kasih membaca dan selamat mencuba.